Tamat Sudah Pengajian Diploma :)



Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi. Pada tarikh 24/11/2012 maka berakhirlah final exam bagi semester terakhir Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan) di Politeknik Seberang Perai. Sedar tak sedar, tempoh pengajian selama 3 tahun berakhir jugak pada hari ini. Banyak sangat dan sangat memori sepanjang tempoh pengajian. :")

Zaman Belajar adalah Momen yang paling 
Terindah dan sukar didapati di tempat lain.
Paling tak boleh lupa momen bersama kawan-kawan. TAK AKAN LUPA OKAY! sedih jugak terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sebab lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing. Ada yang akan sambung belajar, ada yang akan bekerja. Dah susah nak lepak sekali. Selalu lepas kelas kita keluar jalan-jalan sekali, lunch dekat Medan (Medan Selera depan poly), sembang pungg pang pungg pangg, bersemangat study bagai nak rak bila ada quiz or test (bila ada saja laa :P ), and the best part kita celebrate raya bersama-sama hari tu. sangattt best! rasa macam 1 family yang sangat besar yang berbagai warna kulit, bangsa,keturunan dan mak ayah yang berbeza. :P

**Click Click Click**


HARHARHAR. Muka un-matured ja semua. Ingat lagi tak? ni time semester 1 & 2. kira-kira umur dalam linkungan 18,19 macam tu laa. baru aku perasan gelapnya aku time-time tu. hikhik hingusan betol ! :P 

*Convocation Days*

Time ni semua student semester 3 jurusan perniagaan diwajibkan membuka satu gerai pada hari Convocation tahun 2011. Tak ingat bulan berapa. Dikira final projek untuk subjek Keusahawanaan yang diambil pada semester 3. Guess what?? This is the awesome experienced that we had. Tak pernah pernah ada experienced tetiba berniaga. Memang rugi,untung semua ada laaa. hehe. Kami bukan berniaga sangat pon. Just enjoy our time that time. Untung, rugi semua tolak belakang. Sebab tak kena keluarkan modal pon time tu :P


Ingat lagi tak kawan-kawan?? Ini time Semester 5. Okay muka dah nampak agak matured laa sikit. hihi Time ni just plan keluar berpicnic secara un-formal sebab time semester 4 tak berjumpa satu sama lain. Masing-masing busy dengan praktikal. Oh yaa kami berpicnic dekat Batu Feringhi jerr. As usual laa kan, orang penang nak picnic mana lagi. Situ jer pon tempat yang menarik ... Recommended for the tourist ! :)


Ini pon masa time Semester 5. Kalau tak silap time cuti Mid Semester. Dalam pic tu tak cukup korum lagi sebenarnya. Tapi aku tak jumpa nak cari pic tu letak kat album mana. Banyakkk sangattt okayyy.. hehe Sorryy :P See! cuti Mid Sem seminggu dua minggu ja, tapi dah rindu dekat kawan-kawan. Sekarang dah habis semester...  :")


Seminar Conventional Business with Industry (Semester 6)


THE MOMENT !! Yeah we celebrate Hari Raya together. Seriously, I felt like I have the new big big family. :) Actually, ada lagi tempat yang kami beraya. Bermula dari rumah Nana, Mona dan last rumah Fyna (dalam pic). Dekat rumah Fyna kami decide buat BBQ sekali dengan jamuan raya kelas. Tu semua yang datang berbaju t-shirt kelas. Memang full rumah dia. Sangat meriah dan best. Lepak dari petang sampai ke malam. Kalau tak hujan malam tu memang akan lepak sampai tengah malam laa gamaknya.. hehe. Thanks yaa Fyna family sebab sudi buat jamuan raya untuk kelas kita. Nana family, laksa mak hang sangat sedap makanan sangat banyak. Memang kenyang laaa. Kebetulan pulak lepas habis kelas time tu. Memang semua perut berdisco laa. Mona family, sambal telur Tok dia the ever delicious sambal ! Thanks tau Mona. :') 


*Graduation Nites of Diploma Business Studies 2010-2013*

Penutup kepada pengajian. I bet all the student have been waiting for this moment from the begining of study until the end right? This prom nite was held at Sunway Hotel Seberang Jaya with the theme of "Glamorous Nites". We combined with another classes because our class is just only 23 person. Sebab terlalu sikit jadi kami combined with QPM class which almost all the subject for this semester we are together. Alhamdulillah.... semua aktiviti berjalan dengan lancar.Pelbagai gaya ada pada malam tersebut. And I loveeee all of u. For me, semua cantik. Honestly ! Nasib tak disediakan red carpet jaaa. kalau tak memang melaram sehabis mungkin laaa kan.. hehehe. 


*picture of the class with our new PA,Puan Syafawati*

Pada permulaannya, class kami seramai 26orang. Tapi, seramai 3 orang kawan kami dah berhenti awal. Musa, Raj dengan Hafifi. Entah lahh depa still ingat kat kita kaa takk. Sebab depa pon hilang macam tu ja lepas berhenti.Masing-masing baru nak berkenalan depa berhenti pulak.Puas dipujuk, tapi terpaksa hormat keputusan depa la. :)) Kepada Musa, Hafifi dan Raj, kalau masih ingat contact-contact laa yerr.. :)

 Panjanggg pulak entry kali ni. Hambik kau dah lama "berpuasa" dari ber-blogging kan? sekali gedabak. hehehe. Okayy let's make it short! :))

Dear Friends,
Walaupun lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing, tapi harap persahabatan kita tak akan renggang macam tu je la k. Honestly for me, You guys are amazing friends! Aku belajar kenal dunia,persahabatan dari hampa. Thanks semua. Hope lepas habis study ni kita still dapat lepak-lepak,keluar sesama macam selalu k. Love all. :")
Dear Farah,
Take care and wish all the best in your life. Hmm...harap nanti kita still dapat berjumpa. kalau datang Penang bagitau laa k and we will make a reunion maybe. Jangan lupa kami semua dekat Penang ni tau! :")

Dear Mahirah,
Ex-housemate dan classmate. Jaga diri baik-baik dan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Mahirah orang yang paling jauh sekali antara kami semua. Bila dapat berjumpa lagi pon tak tau laa. Apa-apa pon Fatin harap Mahirah tak kan lupa kami semua dekat sini. Terutama housemate Eida,Fyna dengan Nida.Kenangan buka puasa sekali, sahur sekali, study sekali, pergi kelas sekali,kongsi masalah lepas ni dah tak dapat macam ni dah.Mahirah kalau ada apa-apa masalah still boleh contact Fatin,Fyna,Eida atau Nida k.Byeee Mahirah ! :")

LOVE YOU ALL FRIENDS !!

 











0 pengomel yang comei:

 

Copyright © 2012 Reserved to CucuTokMat
Design by Cik Kumbang


POLIMAS Bloggerz