Jangan menuding jari pada sebelah pihak.

Assalammualaikum dan hye....


Entri aku kali nie tentang alam latihan praktikal seorang student IPTA. First , aku nak mintak maaf awal-awal kalau entri nie menyinggung sesiapa. tambah-tambah golongan professional. al-maklum la golongan professional lebih banyak makan garam dari aku nie as a student. So nama pon student banyak je la kesalahan yang akan student nie lakukan. 


hmm... sekarang aku tengah menjalani praktikal selama 6BULAN di sebuah company (dirahsiakan) tanpa elaun . sepanjang aku praktikal nie kerja yang aku dapat hampir-hampir dengan staff tetap kat situ. Yang membuatkan aku tak sabar sangat nak tunggu detik penghabisan tamat LI nie sebab aku benci environment dalam office tuh. tambah-tambah dengan Head Department ! mungkin lepas nie akan ada yang mengutuk aku balik tapi tak kisah la. 


Tak semestinya bila dah jadi bos kau tak payah nak respect orang lain termasuklah student praktikal macam aku nie. serious aku tak penah jumpa seorang Bos  yang ber-attitude macam bos aku praktikal sekarang nie. secara terangnya aku cakap I won't go back to that company ! dah la elaun apa pon tadak tapi keja bagai nak rak. macam la aku sorang jer student praktikal kat situ. asal asyik aku ja yang kena. 


hello golongan professional ! I'm a human too ok !!

memang la praktikal just nak dapatkan experience je tapi dalam dunia sekarang mana ada orang yang nak buat keja FREE !! so bertimbang rasa sikit la. jangan atas kami nie tittle "student praktikal" korang boleh buat kami macam kuli. atleast, cakap laa elok-elok sikit kalau nak kami tolong habiskan kerja korang. jangan disebabkan korang nie golongan professional korang boleh letak kami dekat kaki korang je. 


Cuba fikir balik. sekarang nie kami as a student. lagi 10tahun mungkin kami akan ambil alih jawatan yang korang pegang dan anak-anak korang mengambil alih tempat kami sebagai student. kalau kami buat macam yang korang buat dekat anak-anak korang, korang rasa apa ? so fikir la k. 


mungkin la kami nie student banyak buat kesalahan such as tak bersikap professional macam korang tapi salah ka kalau korang wahai golongan professional tegur kami dengan cara yang baik ? tak boleh ? perlukah korang herdik kami dengan nada yang tinggi di depan staff-staff yang lain seolah-olah kami nie tak dak maruah dan harga diri ? 


Aku terpaksa kuatkan diri bagi menghabiskan sisa-sisa praktikal aku nie. terpaksa pendam dalam hati apa yang korang buat. well korang kan professional. I just a typical student .Nothing for you guys. Generasi Y la katakan yang korang gelarkan tuh. okbai ~






p/s : sangat terasa hati. hati dah berdarah meleleh bagai. tapi dipendamkan jer. haish apa la nasib.... 

4 pengomel yang comei:

Kartunis Damas said...

sabar la yer..
ambil itu sebagai pengalaman baru.
nanti bila dah betul2 kerja, apa yg kita study xsemua dan akan kita guna utk bkerja. malah pengalaman itu yang kita akan guna. so cari la ilmu dan perbanyak kan pengalaman. :)

CucuTokMat said...

Kartunis Damas bukan la mengharapkan sgt elaun tuh. tpi sikap bertimbang rasa tuk tadak. huhu. sabar je la kan. mmg nasib student mcm nie... :'(thanks advice berguna tu k. :)

fyna said...

sabarlah..biasala diorang nk tunjuk diorang tu pro..boleh la mmebuli sebab diorang tau kita akan ikut je ckp diorang =.=

CucuTokMat said...

fyna
sob..sob.. sngt bersabar sekarg nie. diorg buad student seolah mnusia pling tadak akal dlm dunia nie.tak baik kan...

 

Copyright © 2012 Reserved to CucuTokMat
Design by Cik Kumbang


POLIMAS Bloggerz