mesti ramai yang sentap bila baca tajuk entri aku kan? kalau dulu blogging ni tidak lah femes sangat. kadang-kadang bila orang tanya pasal blog silap-silap ada yang tak tahu pasal blog. tapi sekarang semua orang dah tahu pasal blog. kalau dulu alahai seciput sahaja yang mempunyai blog. tidak kisah la blog peribadi ke blog shopping ke apa apa ja la kan. asalkan blog. tapi sekarang nah hambik kau beribu-ribu rakyat Malaysia khususnya dah mempunyai blog masing-masing. Ada setengah tuh handle sampai 2,3 bijik blog.
tapi yang aku pelik blog yang sekarang nie terlampau banyak sangat yang mengagung-agungkan lelaki. secara tepatnya TEMAN LELAKI !! Ada setengah tuh berderek-derek entri dia dok cita pasal TEMAN LELAKI jerr. dah tuh siap tempek gambar berdua dengan TEMAN LELAKI dekat tepi dinding blog. memang la blog adalah blog masing-masing kan ? tapi kalau bergaduh, menangis sebab TEMAN LELAKI pon nak buat entri pekehal nye ?? memang sorry la aku nak follow blog tu kan walaupun blog tu follow blog aku ! aku tak nafikan tak semua blogger macam tuh. ada jugak blogger yang muda dari aku lebih pandai berblogging dari aku. yang tuh aku SALUTE la kan.
tidak la pulak nak kata aku nie jeles sebab aku tak mempunyai pakwe. *eh tak dak pakwe ke aku nie? Jeng..Jeng..* tak jeles kemana pon adik oii... cuma macam sakit otak jee nak baca. kan bagus kalau ditukarkan cerita pasal TEMAN LELAKI kepada SUAMI. kan sweet je nak baca. secara tidak langsung dapat la memberi sedikit ilmu kepada pembaca yang belum berkahwin macam aku nie bagaimana nak membuat pasangan kita bahagia nanti. Blog kan adalah salah satu saluran BERINFO !! jadi gunakanlah blog yang diberi secara PERCUMA ni dengan berfaedah serta pengajaran kepada pembaca kita nanti. =)
walaupun penulisan aku tidaklah sehebat seperti Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk menulis satu entri yang berguna kepada pembaca blog aku ni. Jadi bagi aku tak perlulah kot publish cerita pasal TEMAN LELAKI ni. kalau sikit-sikit mungkin nak buat kenangan boleh la jugak nak diterima. Janganlah sampai bab bergaduh, kecewa TEMAN LELAKI lari pon korang cerita kan jugak dalam blog nie. kan jemu jerr orang nak singgah membaca.
till then
4 pengomel yang comei:
suka entry nie...
p/s: salam perkenalan..
mcm tah pape je bila wat blog semata2 utk tayang bf. bukannye konpem jd laki kite. hahaha bek wat entri ilmu. atleast dpt jgak pahala free. ye dak?
@*!Life Cik AniS1190 *!hyee.. salam perkenalan jugak *hulur tangan* sorry lambat reply this comment :') isk
@haneyhehehe. teman setuju ! *hands up* :)
Post a Comment